019 667 5371   9.00 AM → 5:00 PM  Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia 

Kurikulum

Didik Anak Jadi Cemerlang & Seimbang di Sekolah Rendah

Di SRI Tahfiz Nadi Kingfisher, anak anda dibentuk dengan kurikulum empat tonggak yang membina anak cemerlang akademik, mantap rohani, berakhlak tinggi dan fasih pelbagai bahasa.

Didik Anak Jadi Cemerlang & Seimbang di Sekolah Rendah

Di SRI Tahfiz Nadi Kingfisher, anak anda dibentuk dengan kurikulum empat tonggak yang membina anak cemerlang akademik, mantap rohani, berakhlak tinggi dan fasih pelbagai bahasa.

Hafazan 10 Juzuk Al-Quran secara terbimbing

Kurikulum akademik-agama yang seimbang

Penguasaan 4 bahasa: BM, BI, Mandarin & Arab

Latihan kepimpinan eksklusif Tahun 6

Empat (4) Silibus Tonggak
Kecemerlangan Pendidikan SRITNK

Di SRI Tahfiz Nadi Kingfisher (SRITNK), kami mengintegrasikan empat kurikulum teras dalam satu sistem pendidikan menyeluruh selari membina asas akademik yang kukuh, keperibadian Islamik yang jitu, dan keupayaan bahasa yang melangkaui sempadan.

HAFAZAN AL-QURAN

10 Juzuk Hafazan: Kehebatan yang Anak Anda Boleh Capai

Apa yang membezakan SRI Tahfiz Nadi Kingfisher ialah program hafazan Al-Quran yang berstruktur dan terbukti berkesan. Seawal Tahun 1, murid memulakan perjalanan menghafaz sehingga 10 Juzuk sepanjang tempoh sekolah rendah — pencapaian luar biasa yang jarang ditawarkan di sekolah arus perdana dalam Sabah khususnya.

Dengan modul tersusun dan bimbingan secara peribadi oleh guru terlatih, setiap murid dibimbing mengikut kemampuan mereka. Kami pastikan setiap langkah hafazan anak anda dibentuk dengan sabar, sistematik dan penuh keyakinan.

Kaedah Hafazan yang Terbukti dan Berstruktur

Kenapa Mula Awal?

Hafazan dimulakan seawal Tahun 1 untuk manfaat memori semula jadi anak kecil. Kajian membuktikan minda kanak-kanak mudah menyerap dan mengingati— inilah tempoh paling ideal untuk hafazan.

Pendekatan kami memastikan tiada murid tercicir — setiap anak menerima bimbingan mengikut tahap kemampuan dan kelajuan belajar mereka sendiri.

Dengan pendekatan berasaskan coaching, setiap murid dibimbing secara berfasa dan progres dipantau rapi, dan sokongan diberi secara berterusan hingga capai penguasaan.

Penilaian

Menilai tahap penguasaan semasa murid dari segi bacaan, tajwid dan kekuatan ingatan.

Bimbingan (Coaching)

Bimbingan individu berfokus mengikut tahap dan keperluan murid.

Pengulangan

Latihan konsisten dengan semakan berkala untuk kukuhkan hafazan.

Penguasaan

Murid mampu membaca dengan lancar, tepat dan yakin secara Hafazan.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Akademik KSSR: Silibus Perdana Peringkat Kebangsaan

Anak anda akan menerima pendidikan penuh mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) seperti sekolah kebangsaan lain bagi memastikan mereka layak menduduki peperiksaan nasional dan mencapai tahap akademik arus perdana.

Silibus lengkap KPM: Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris lain-lain.

Pematuhan penuh kepada standard KPM.

Asas akademik kukuh dan diiktiraf secara nasional.

KURIKULUM DINIYYAH

Kurikulum Diniyyah: Diselia dan Diluluskan JHEAINS

Tiada lagi kesibukan menghantar anak ke sekolah agama sebelah petang. Kurikulum Diniyyah kami disepadukan dalam waktu persekolahan, dilulus dan diselia oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Modul lengkap: Aqidah, Fiqh, Sirah dan Akhlak

Dipisahkan secara rasmi sejak penubuhan

Pendidikan Islam menyeluruh tanpa mengganggu rutin harian

Sejak awal penubuhan, JHEAINS telah pun mengiktiraf dan menyokong program Kurikulum Diniyyah kami. Pelajar akan mempelajari asas agama yang baik dan menyeluruh seperti Aqidah, Fiqh, Sirah, and Akhlak sepanjang sesi persekolahan disini.

Keistimewaan Kurikulum Diniyyah
(Diluluskan oleh JHEAINS)

Satu Sekolah, Pendidikan Lengkap

Komprehensif

Tiada jadual padat ulang-alik ke sekolah agama.

Pelajar mendapat pendidikan kebangsaan dan Islamik.

Pembelajaran komprehensif di satu lokasi yang mudah menjimatkan masa ibubapa/waris.

Diiktiraf Secara Rasmi oleh JHEAINS

Berkualiti

Kurikulum Diniyyah berdaftar dan diluluskan oleh JHEAINS.

Kualiti Pendidikan Islam dijaga.

Kurikulum mematuhi piawaian Negeri Sabah.

Pembangunan Pelajar yang Menyeluruh

Berintegrasi

Membentuk akhlak dan sahsiah Islamik disamping ilmu dunia.

Melahirkan pelajar yang berilmu dan berjiwa seimbang.

Persekitaran pembelajaran yang berintegrasi dan harmoni.

PENGUASAAN LINGUISTIK

Penguasaan Bahasa: Ke Arah Peluang Global

Kemahiran pelbagai bahasa bukan lagi pilihan tapi ia keperluan masa depan. Kurikulum bahasa kami direka khas untuk melengkapkan murid dengan keupayaan dalam 4 bahasa utama:

Bahasa Persuratan

Bahasa Malaysia untuk jati diri dan warisan.

Bahasa Pengurusan

Bahasa Inggeris untuk
komunikasi global dan urus tadbir.

Bahasa Perniagaan

Mandarin untuk peluang
ekonomi dan perniagaan.

Bahasa Antarabangsa

Bahasa Arab untuk
kefahaman Al-Quran dan
hubungan Islamik sejagat.

Mengapa 4 Bahasa Penting untuk Masa Depan Anak Anda

Kemahiran Siap Masa Depan

Setiap bahasa ada tujuan strategiknya:

Bahasa Malaysia untuk celik nasional

Bahasa Inggeris untuk pejuang global

Bahasa Mandarin untuk jaringan perniagaan

Bahasa Arab untuk Islam sejagat

Gabungan ini melengkapkan anak anda dengan kelebihan unik dalam pembelajaran, komunikasi dan pembangunan jati diri.

Kajian membuktikan pelajar pelbagai bahasa lebih tajam pemikiran, tinggi empati budaya dan cemerlang dalam penyelesaian masalah.

Kelebihan Persaingan yang Jarang Ditawarkan

Hanya sedikit sekolah yang memberi pendedahan bahasa selengkap ini. Anak anda akan menonjol dalam permohonan biasiswa, kerjaya dan komuniti antarabangsa kerana mereka ada sesuatu yang luar biasa.

Didik Anak Jadi Cemerlang & Seimbang di Sekolah Rendah

Kami integrasikan semuanya — dalam satu persekitaran yang membina, berakhlak dan menyeluruh.

Hafazan dan ilmu Islam

Akademik KSSR

Penguasaan 4 bahasa

Pembentukan sahsiah dan kepimpinan

Sertai ibu bapa lain yang telah temui ketenangan hati melalui pendidikan yang seimbang dan menyeluruh.

Perjalanan anak anda ke arah masa depan yang cemerlang bermula di sini.

KREDIBILITI SRI TAHFIZ NADI KINGFISHER

Mengapa SRI Tahfiz Nadi Kingfisher Pilihan Anda?

SRITNK menjadi pilihan ibu bapa kerana menawarkan kesepaduan pendidikan holistik yang mengintegrasikan hafazan Al-Quran dan kurikulum akademik arus perdana. Pendekatan ini melahirkan generasi huffaz yang cemerlang sahsiah, rohani, dan ilmu pengetahuan demi kejayaan dunia akhirat.

Dengan had 25 murid sekelas, guru dapat memberi tumpuan khusus dan memantau perkembangan pelajar lebih teliti demi melahirkan huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat.

10+
Guru Berdedikasi

100+
Pelajar Berdaftar