019 667 5371   9.00 AM → 5:00 PM  Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia 

Kokurikulum

Kokurikulum Yang Membentuk Jati Diri dan Kepimpinan Pelajar

Di SRITNK, pembelajaran tidak terhad di dalam bilik darjah. Melalui kokurikulum yang terarah dan dibimbing, murid dibentuk menjadi individu yang berdisiplin, berani, dan berkeyakinan.

Perubahan Yang Ibu Bapa Mula Nampak Pada Anak

Melalui penglibatan aktif dalam program kokurikulum yang terarah dan dibimbing secara konsisten.

Berani Ke Hadapan

Lebih yakin bercakap dan tampil tanpa rasa takut.

Tingkah Laku & Berdisiplin

Lebih teratur dalam rutin harian dan tanggungjawab kecil.

Semangat Daya Tahan

Berani mencuba dan tidak mudah berputus asa.

Kolaboratif

Mampu bekerjasama dan menghormati rakan.

Pengalaman Bermakna

Mendapat pendedahan yang membentuk kematangan dan memori yang membina.

FALSAFAH SRITNK

Disiplin, Identiti & Keyakinan Pelajar

Kurikulum di SRITNK bukan sekadar aktiviti tambahan, tetapi pelengkap kepada kecemerlangan akademik dan hafazan Al-Quran.

Kami percaya bahawa murid yang seimbang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, tetapi juga:

Teguh sahsiahnya

Kuat fizikal dan mental

Mampu memimpin dan bekerjasama

Bersedia menghadapi cabaran kehidupan

FASAFAH KOKURIKULUM

Falsafah Kokurikulum SRITNK

Aktiviti kokurikulum di SRITNK dilaksanakan sebagai pelengkap penting kepada misi pendidikan teras kami, menyediakan peluang pembangunan yang komprehensif.

Bina Disiplin

Membangunkan sahsiah dan tingkah laku yang betul melalui sesi latihan yang teratur dan berstruktur.

Pembangunan Kemahiran Motor

Meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi fizikal melalui pelbagai aktiviti.

Kerja Berpasukan & Kepimpinan

Mempelajari kemahiran kolaborasi dan kepimpinan dalam persekitaran kumpulan.

Bina Keyakinan

Meningkatkan keyakinan diri melalui penyertaan dalam aktiviti dalaman dan luaran.

STRUKTUR PROGRAM

Struktur Kokurikulum SRITNK

Aktiviti kokurikulum disusun berdasarkan struktur standard kementerian pendidikan bagi memastikan setiap murid menemui ruang untuk berkembang menyeluruh mengikut minat dan potensi masing-masing.

Unit Beruniform

Pengakap Malaysia

Kelab & Persatuan

Kelab Silat Gayong Serantau

Kelab Bahasa Arab & Cina

Kelab Bahasa Melayu & Inggeris

Kelab Sains & Matematik

Kelab Tilawah Al-Quran (Tarteel)

Sukan & Permainan

Badminton

Bola Sepak

Catur (Indoor)

Ragbi Sentuh

Olahraga (Akan Datang)

PENDEKATAN PROGRAM

Pendekatan Program SRITNK

Selain struktur rasmi, SRITNK mengklasifikasikan kokurikulum kepada dua laluan pembangunan utama:

“Kami percaya tidak semua anak perlu cemerlang dalam perkara yang sama, tetapi setiap anak perlu dibimbing dengan serius.”

PROGRAM TERAS

Program Pembangunan Disiplin Teras

Persatuan Pengakap

Dilaksanakan 1-2 kali sebulan sebagai asas pembentukan disiplin, kepimpinan dan kemahiran asas survival.

Pelajar berpeluang menyertai kursus peringkat negeri dan aktiviti perkhemahan.

Silat Gayung Serantau

Sesi latihan berkala yang membina kawalan diri, daya tahan fizikal dan pembentukan karakter.

Pelajar terlibat dalam demonstrasi rasmi serta penilaian kenaikan bengkung.

Program ini membentuk asas sahsiah yang menyokong semua pembelajaran lain.

PROGRAM ELEKTIF / KHAS

Program Berfokus & Berasaskan Minat

Ragbi Sentuh
(Touch Rugby)

Program bermusim untuk pelajar yang berminat.

Latihan dijalankan secara berkala dan menjadi lebih intensif menjelang kejohanan.

Dibimbing oleh jurulatih berpengalaman bagi membina ketahanan, disiplin latihan dan semangat berpasukan.

Tilawah Al-Quran
(Tarteel)

Bimbingan khusus dalam seni bacaan bertaranum bersama Ustaz Nashraff Ideen Nahar.

Pelajar dibimbing dari segi teknik suara, tajwid, kawalan pernafasan dan adab persembahan.

Program ini bukan sahaja memperindah bacaan, tetapi membina keyakinan tampil di hadapan khalayak.

Kelab Olahraga
(Akan Datang)

SRITNK sedang merancang penubuhan Kelab Olahraga sebagai platform latihan asas larian, stamina dan koordinasi pergerakan.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Aktiviti Tahunan

Bagi memberi pendedahan menyeluruh, murid turut terlibat dalam aktiviti berikut:

Kejohanan Sukan SRITNK

Sukaneka Tahap 1

Lawatan Pendidikan

Aktiviti-aktiviti ini memberi pengalaman bersaing secara sihat dan belajar dalam pelbagai persekitaran di luar dinding bilik darjah tradisional.

PENDEKATAN BIMBINGAN

“Kami percaya tidak semua anak perlu cemerlang dalam perkara yang sama, tetapi setiap anak perlu dibimbing dengan serius.”

Tidak semua anak perlu cemerlang dalam perkara yang sama. Tetapi setiap anak perlu dibimbing dengan serius.

SRITNK menyediakan:

• Asas Disiplin Melalui Program Teras
• Laluan Kecemerlangan Berdasarkan Minat
• Bimbingan Berstruktur dan Konsisten

Nampak Pendekatan Ini Sesuai Untuk Perkembangan Anak Anda?

Setiap anak berkembang dengan cara yang berbeza. Bincangkan bersama kami bagaimana pendekatan ini boleh membantu anak anda.