019 667 5371   9.00 AM → 5:00 PM  Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia 

Profil SRITNK

Membina Generasi Harapan

SRITNK merupakan sekolah rendah integrasi (SRI) yang menyepadukan kurikulum akademik kebangsaan, kokurikulum, pendidikan diniyyah, hafazan Al-Quran, dan pembangunan sahsiah demi melahirkan generasi berilmu serta berakhlak mulia.

TENTANG SRITNK

Tentang Sekolah Rendah Integrasi
Tahfiz Nadi Kingfisher

Penubuhan Sekolah

SRITNK ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai sebuah sekolah rendah integrasi tahfiz Al-Quran yang menyediakan laluan penerusan kepada murid-murid tadika Al-Quran seperti Tadika Al-Baghdadi untuk meneruskan hafazan mereka ke peringkat yang lebih tersusun. Penubuhan ini bermula daripada inisiatif pengasas bersama suami, yang sejak awal menyimpan hasrat untuk membangunkan sebuah institusi pendidikan agama di peringkat sekolah rendah. Aspirasi tersebut akhirnya direalisasikan dalam bentuk sekolah integrasi yang menggabungkan akademik, diniyyah dan hafazan dalam satu sistem yang menyeluruh.

Keunikan Sekolah

Keunikan SRITNK terletak pada integrasi empat (4) silibus tonggak kurikulum yang menyatukan akademik kebangsaan, pendidikan diniyyah, hafazan Al-Quran dan pembangunan sahsiah. Hafazan dilaksanakan menggunakan pendekatan sistem F.IT.R.I., yang menyasarkan penguasaan 10 juzuk Al- Quran bagi murid yang mengikuti pembelajaran bermula Tahun 1 sehingga Tahun 6, dengan galakan untuk mencapai hafazan yang lebih tinggi mengikut kemampuan individu. Selain itu, murid turut didedahkan kepada pembelajaran linguistik empat bahasa serta program kokurikulum berstruktur melalui Program Teras dan Program Elektif yang membina disiplin serta potensi bakat.

Perkembangan Sekolah

Pada peringkat awal, SRITNK menyasarkan komuniti sekitar Taman Kingfisher dengan aspirasi melahirkan sekurang- kurangnya seorang hafiz atau hafizah dalam setiap keluarga Muslim. Seiring perkembangan, sasaran kini diperluaskan kepada ibu bapa yang mengutamakan pembentukan adab, sikap dan tingkah laku yang baik di samping hafazan 10 juzuk yang berkualiti. Dengan moto “Hafazan, Akhlak, Harapan”, SRITNK terus komited melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan berdaya tahan. Sehingga kini, sekolah telah melahirkan empat kohort alumni.

Visi

Menjadi institusi pendidikan Islam integrasi yang membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing melalui kecemerlangan hafazan Al-Quran, akademik dan pembangunan sahsiah.

Misi

SRITNK komited untuk melaksanakan misi pendidikan yang komprehensif, merangkumi aspek rohani, intelek, dan fizikal. Kami berusaha menyediakan persekitaran yang 0kondusif untuk setiap murid berkembang seimbang.

1

Sistem Pendidikan Integrasi Berkualiti

Menyediakan sistem pendidikan rendah integrasi yang berkualiti dan tersusun.

2

Bimbingan Hafazan Konsisten

Membimbing murid menghafaz Al-Quran dengan tartil dan bertajwid secara konsisten.

3

Pencapaian Seimbang

Memastikan pencapaian akademik dan diniyyah berkembang secara seimbang.

4

Pembinaan Disiplin & Kepimpinan

Membina disiplin, kepimpinan dan keyakinan diri melalui pendekatan berstruktur.

5

Persekitaran Pembelajar Kondusif

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berfokus.

Moto

Moto ini menjadi tunjang utama dan pegangan kepada setiap warga SRITNK dalam mencapai matlamat pendidikan kami. Ia melambangkan komitmen kami untuk tidak hanya melahirkan penghafaz Al-Quran, tetapi juga individu yang memiliki keperibadian mulia dan menjadi harapan ummah.

Hafazan · Akhlak · Harapan

Hafazan

Penguasaan dan penghayatan Al-Quran.

Akhlak

Pembentukan peribadi mulia dan adab Islami.

Harapan

Generasi penerus yang membawa kebaikan.

Objektif Utama Pendidikan SRITNK

SRITNK menetapkan beberapa objektif utama untuk memastikan setiap murid mendapat pendidikan holistik yang seimbang, membentuk mereka menjadi insan kamil yang berjaya di dunia dan akhirat.

1

Penguasaan Hafazan
Al-Quran

Melahirkan murid yang mampu menguasai sekurang- kurangnya 10 juzuk hafazan dengan bacaan yang bertartil dan bertajwid sempurna.

2

Pembentukan Sahsiah Islami

Membentuk sahsiah, adab, dan tingkah laku yang mencerminkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

3

Pengukuhan Asas Pendidikan

Mengukuhkan asas akademik dan diniyyah sebagai persediaan mantap untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

4

Peningkatan Keyakinan Diri

Membina keyakinan diri dan kepimpinan melalui penglibatan aktif dan bermakna dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.

5

Laluan Pendidikan
Islam Sistematik

Menyediakan laluan pendidikan Islam yang sistematik dan berterusan di peringkat sekolah rendah, dari awal hingga akhir.

Status dan Proses Pendaftaran SRITNK

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Kingfisher (SRITNK) berbangga sebagai institusi pendidikan yang diiktiraf dan berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan dalam proses pendaftaran secara rasmi di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

JHEAINS

Pendaftaran JHEAINS

Sekolah kami didaftarkan dengan Kod Pendaftaran XJJ4004 di bawah Seksyen 12(2), Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Sabah) 1991, sejak awal penubuhan kami pada tahun 2017.

JPN

Proses Pendaftran JPN

SRITNK kini dalam fasa akhir melengkapkan proses pendaftaran dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai sekolah integrasi yang berdaftar sepenuhnya, memastikan kesepaduan pendidikan agama dan akademik.

Komitmen kami terhadap pematuhan peraturan dan piawaian pendidikan adalah keutamaan, demi memberikan jaminan kualiti dan kepercayaan kepada ibu bapa serta komuniti.

Kerjasama & Jaminan Kualiti

Pendaftaran ini membuktikan dedikasi SRITNK untuk menyediakan pendidikan yang diiktiraf dan berkualiti tinggi, selaras dengan piawaian kerajaan negeri dan persekutuan. Ia adalah jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada dalam institusi yang sah dan berintegriti.

Anak Anda Tidak Perlu
Memilih Antara Akademik & Agama

Di SRITNK, kami menyepadukan hafazan, akademik dan pembentukan sahsiah dalam satu sistem pendidikan yang tersusun dan menyeluruh.