Dari Meja Guru Besar
Dari Meja Guru Besar
SRITNK amat komited terhadap perkembangan holistik setiap murid dari sudut akademik, disiplin, dan sahsiah. Melalui pendekatan bimbingan yang berperingkat dan selesa, perubahan kecil dipupuk agar akhirnya membentuk satu kemenjadian besar dalam diri pelajar.
Dari Meja Guru Besar
Setiap hari di SRITNK adalah peluang untuk melihat perkembangan anak-anak, bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga dari sudut keyakinan, disiplin dan sahsiah.
Kami memahami bahawa setiap anak berbeza, dan pendekatan kami adalah membimbing mereka secara berperingkat agar mereka mampu belajar dengan lebih yakin dan selesa.
Di sinilah kami melihat perubahan kecil yang akhirnya membentuk kemenjadian besar dalam diri mereka.
Puan Nurul Wahuni binti Lawahidu
Guru Besar
Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi, Kingfisher


Amanat Penaung KFEG
Pendidikan Al-Quran bukan sekadar hafalan, tetapi satu perjalanan membentuk jiwa dan akhlak anak-anak.
Di SRITNK, kami berusaha memastikan setiap ayat yang dihafaz bukan hanya diingati, tetapi difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Harapan kami agar anak-anak yang melalui perjalanan ini akan membesar sebagai generasi yang beradab, berilmu dan membawa manfaat kepada masyarakat.
Mejar Haji Zulkipli Ahad bin Borhan
Penaung
Kasih Fitri Edu Group (KFEG)
Mesej Dari Pengerusi SRITNK
SRITNK dibina atas satu keyakinan bahawa pendidikan tidak seharusnya memaksa anak-anak memilih antara akademik dan agama.
Kami percaya kedua-duanya boleh bergerak seiring, membentuk anak yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga mempunyai asas pegangan yang kukuh.
Komitmen kami adalah untuk terus membina sebuah persekitaran pembelajaran yang membolehkan setiap anak berkembang mengikut potensi mereka sendiri.
Puan Farah Fadilah binti Abdullah
Pengerusi SRITNK
CEO Kasih Fitri Edu Group
